MDN wants to learn about developers like you: https://qsurvey.mozilla.com/s3/d6d7ff2e2f9c

HTML ( HyperText Markup Language) atau Bahasa Tandaan Hiperteks, adalah blok binaan paling asas dalam Web, dan digunakan untuk menjelaskan dan mentakrif kandungan  halaman web. HTML menentukan kandungan halaman web, tetapi tidak fungsinya.

HTML adalah teks Bahasa Inggeris piawai yang ditambah dengan "tanda". Hyper Text merujuk kepada pautan yang menghubungkan halaman Web dengan halaman Web yang lain, yang menjadi World Wide Web atau Jaringan Sejagat, pada hari ini. Dengan mencipta dan memuat naik halaman Web ke dalam Internet, anda menjadi peserta aktif di dalam Jaringan Sejagat apabila laman anda berada di atas talian. HTML menyokong imej visual serta media bentuk lain.  Dengan bantuan HTML, semua orang boleh membina laman yang web statik mahupun yang dinamik. HTML adalah bahasa yang menjelaskan struktur dan kandungan semantik dokumen web. Kandungan di dalam halaman web ditandakan dengan elemen seperti HTML <head>, <title>, <body>, <article>, <section>, <p>, <div>, <span>, <img>, <picture>, dan sebagainya. Elemen tersebut membentuk blok binaan sebuah laman web.

Kandungan artikel ini menyediakan bahan rujukan untuk pembangunan web.

  • Rujukan HTML

    Dalam rujukan ekstensif kami, anda akan temukan butiran setiap elemen dan atribut yang membina HTML.

  • Panduan HTML

    Dalam artikel perihal cara untuk menggunakan HTML, disertakan dengan tutorial dan contoh lengkap, lihat panduan pembangun HTML.

  • Pengenalan HTML

    Jika anda masih baru dalam pembangunan Web, pastikan anda membaca pengenalan kepada HTML dan cara untuk menggunakannya.

Rujukan

Elemen Tahap-Blok
Elemen HTML (Hypertext Markup Language) biasanya adalah elemen "tahap-blok" atau elemen "dalam susunan". Elemen tahap-blok memenuhi keseluruhan ruang elemen induk (kontena), oleh itu membentuk sebuah "blok." Kandungan artikel ini menjelaskan apa yang dimaksudkan dengan blok ini.
Imej CORS Aktif
Spesifikasi HTML memperkenalkan atribut silang-asal untuk imej, supaya dengan kombinasi pengepala CORS yang sesuai, membolehkan imej ditakrif dengan elemen <img> yang dimuatkan daripada asalan luar untuk digunakan di dalam kanvas seolah-olah dimuatkan daripada asalan semasa.
Atribut Tetapan CORS
Dalam HTML5, beberapa elemen HTML yang menyediakan sokongan untuk CORS, seperti <img> atau <video>, ada atribut silang-asal (sifat silang-asal), yang membolehkan anda mengkonfigurasi permintaan CORS untuk data elemen yang diambil.
Mengawal Semakan Ejaan dalam Borang HTML
Firefox 2 memperkenalkan sokongan semakan ejaan untuk kawasan dan medan teks dalam borang web. Menggunakan antara muka about:configm pengguna boleh tentukan samada mahu mengaktifkan semakan ejaan atau tidak, dan samada mahu menyemak dalam kawasan teks dan medan teks atau hanya dalam kawasan teks.
DASH Adaptive Streaming untuk Video HTML 5
Dynamic Adaptive Streaming over HTTP (DASH) ialah protokol penstriman boleh suai. Ini bermakna penstriman video boleh bertukar kadar bit berdasarkan prestasi rangkaian supaya video terus dapat dimainkan.
Pengurusan Focus dalam HTML
Dalam draf kerja HTML5, atribut DOM activeElement dan kaedah DOM hasFocus() memberikan pengaturcara keupayaan untuk mengawal interaktiviti halaman yang lebih baik berdasarkan tindakan pengguna. Sebagai contoh, kedua-duanya boleh digunakan untuk tujuan kegunaan statistik, mengesan bilangan klik pada pautan tertentu dalam halaman, mengukur tempoh tumpuan yang diberikan kepada elemen, dan sebagainya. Tambahan pula, apabila digabungkan dengan teknologi AJAX, boleh meminimumkan bilangan permintaan kepada pelayan, bergantung pada aktiviti pengguna dan susun atur halaman.
Atribut Global
Atribut global dinyatakan dalam semua elemen HTML, termasuk yang tidak dinyatakan di dalam piawaian. Ini bermakna bahawa mana-mana elemen bukan-piawaian perlu menerima atribut ini, walaupun penggunaan elemen tersebut akan menyebabkan dokumen terlibat tidak lagi mematuhi-HTML5. Sebagai contoh, pelayar yang mematuhi-HTML5 akan menyorokkan kandungan yang ditandakan sebagai <foo hidden>...<foo>, walaupun <foo> bukanlah elemen HTML yang sah.
Rujukan Atribut HTML
Element di dalam HTML ada atribut; ini adalah nilai tambahan yang mengkonfigurasi elemen atau mengubah tingkah laku dalam pelbagai cara untuk memenuhi kriteria yang dikehendaki oleh pengguna.
Rujukan Elemen HTML
Halaman ini ada senarai semua elemen HTML.
Rujukan HTML
HTML ialah bahasa yang menjelaskan struktur dan kandungan semantik dokumen Web; terdiri daripada elemen, setiap satu boleh diubah dengan beberapa atribut.
Elemen Dalam-susunan
Elemen HTML (Hypertext Markup Language) biasanya elemen "dalam-susunan" atau elemen "tahap-blok". Elemen dalam-susunan hanya memenuhi ruang yang terikat oleh tag yang mentakrif elemen dalam-susunan. Contoh yang berikut menjelaskan pengaruh elemen dalam-susunan:
Jenis Pautan
Dalam HTML, jenis pautan berikut menandakan hubungan antara dua dokumen, iaitu satu pautan yang menghubungkan dokumen dengan dokumen yang satu lagi menggunakan elemen <a>, <area>, atau <link> element.
Format Media Disokong oleh Elemen Audio dan Video HTML
Elemen <audio> dan <video> menyediakan sokongan memainkan media audio dan video tanpa memerlukan plugins.
Format Mikro
Format Mikro (singkatannya μF) adalah corak kecil HTML untuk menandakan entiti seperti manusia, organisasi, acara, lokasi, post blog, semakan, resume, resipi dan sebagainya.
Ini adalah kovensyen mudah untuk menyisipkan semantik ke dalam HTML dan secara pantas menyediakan API yang akan digunakan oleh enjin carian, pengumpul dan alatan lain.
Mengoptimumkan Halaman Anda untuk Penghuraian Spekulatif
Di dalam pelayar, secara lazimnya, penghurai HTML dilaksanakan dalam thread utama dan ada blok selepas tab </script> sehinggalah skripnya diambil dan dilaksanakan oleh rangkaian. Penghurai HTML dalam Firefox 4 dan versi yang terbaru menyokong penghuraian spekulatif di luar thread utama. Penghuraian diteruskan semasa skrip dimuat turun dan dilaksanakan. Dalam Firefox 3.5 dan 3.6, penghurai HTML mula memuatkan skrip, lembaran gaya dan imej spekulatif yang ditemui sebelum penstriman. Walau bagaimanapun, dalam Firefox 4 dan yang terbaru, penghurai HTML turut melaksanakan algoritma pembinaan pepohon secara spekulatif. Kebaikannya adalah apabila spekulasi ini berjaya, tiada lagi keperluan untuk menghurai semula bahagian fail skrip, lembaran gaya dan imej yang sudah diimbas. Keburukannya adalah lebih banyak kerja perlu dilaksanakan jika spekulasi ini gagal.
Menggunakan Application Cache
HTML5 menyediakan mekanisme application caching yang membolehkan aplikasi berasaskan-web dilaksanakan di luar talian. Pembangun boleh menggunakan antara muka Application Cache (AppCache) untuk menentukan sumber yang perlu difailkan sebagai cache dan membuatkannya tersedia untuk pengguna semasa di luar talian. Aplikasi yang ada fail cache boleh dimuatkan dan berfungsi dengan betul walaupun jika pengguna memuatkan semula semasa berada di luar talian.

View All...

Panduan dan Tutorial

Panduan pembangun HTML
Artikel MDN yang menunjukkan teknik khas yang anda boleh gunakan apabila membina kandungan Web dengan HTML, serta tutorial dan bahan lain yang berguna. Panduan ini menyediakan pelajaran editorial, panduan dan maklumat berkaitan pembangunan HTML.

Join the Web layout community

Choose your preferred method for joining the discussion:

Tag Dokumen dan Penyumbang

 Penyumbang untuk halaman ini: manxmensch, 22ladybos
 Terakhir dikemaskini oleh: manxmensch,