Terjemahan ini belum lengkap. Sila bantu terjemahkan artikel ini daripada Bahasa Inggeris.

Anda mahu mencipta laman web dan aplikasi web anda sendiri? Anda telah datang ke tempat yang betul!

Terdapat banyak perkara yang boleh dipelajari tentang rekabentuk dan pembangunan web, tapi jangan risau. Kami di sini untuk untuk membantu anda, sama ada anda hanya mahu mempelajari sedikit kod atau untuk menjadi pembangun web profesional sepenuhnya.

Ke mana dahulu

Penerangan yang mana terbaik melambangkan anda?

  • Saya baru belajar

    Selamat datang! Tempat terbaik untuk bermula adalah siri Mula Belajar Web. Ia menyediakan semua asas-asas untuk membantu anda bermula dengan pembangunan Web.

  • Saya tahu Web

    Sangat bagus! Kalau begitu kami cadangkan anda mula mendalami lebih dalam teknologi-teknologi Web : HTML, CSS, dan JavaScript

  • Saya sudah menguasai Web

    Hebat! Kalau begitu anda mungkin berminat untuk meneroka Panduan lanjutan dan Tutorial. Anda juga boleh mempertimbangkan menyumbang kepada Bahagian Pembelajaran ;)

Nota: Pada masa hadapan kami merancang untuk menerbitkan lebih banyak laluan pembelajaran, sebagai contoh untuk programmer berpengalaman mempelajari teknik-teknik lanjutan yang spesifik, pembangun asli yang baru dengan Web, atau orang yang hendak belajar teknik-teknik rekabentuk.

Quick learning: Vocabulary

Metadata
Metadata is — in its very simplest definition — data that describes data. For example, an HTML document is data, but HTML can also contain metadata in its <head> element that describes the document — for example who wrote it, and its summary.

Pembelajaran dengan orang lain

Jika anda ada soalan atau masih tertanya-tanya ke mana hendak dituju, Mozilla adalah komuniti global merangkumi peminat-peminat Web, termasuk mentor-mentor dan guru-guru yang sedia untuk membantu anda. Berhubunglah dengan mereka melalui WebMaker:

  • Bertemu dan berbincang dengan mentor dan guru di Forum Wacana.
  • Cari acara dan belajar web dengan orang-orang hebat.

Berkongsi pengetahuan

Seluruh bahagian pembelajaran ini dibina oleh penyumbang-penyumbang kami. Kami perlukan anda dalam pasukan kami sama ada anda baru bermula, seorang guru, atau seorang pembangun web berkemahiran. Jika anda berminat, cuba lihat di bagaimana anda boleh membantu, dan kami menggalakkan anda untuk bersembang dengan kami di senarai mel atau saluran IRC. :)

Join the Learn community

Choose your preferred method for joining the discussion: