Rangkaian Pembangun Mozilla (MDN) ialah evolusi platform pembelajaran teknologi Web dan perisian yang menguasakan Web, termasuk:

Misi kami

Misi MDN amat mudah: untuk menyediakan dokumentasi yang lengkap, tepat dan bermanfaat dalam semua perkara berkaitan Web terbuka, samada yang disokong oleh perisian yang dibina-Mozilla atau tidak. Jika teknologi terbuka itu didedahkan ke dalam Web, kami mahu mendokumentasikannya.

Tambahan pula, kami menyediakan dokumentasi berkaitan cara untuk membina dan menyumbang kepada projek Mozilla dan Firefox OS serta  pembangunan aplikasi Web.

Jika anda tidak pasti samada liputan topik tertentu perlu dimasukkan ke dalam MDN, baca: Adakah liputan topik ini sesuai dengan MDN?

Cara untuk anda membantu

Anda tidak perlu tahu kod—atau menulis kod—untuk boleh membantu MDN! Ada banyak cara untuk anda membantu kami, daripada menyemak artikel bagi memastikan kandungannya masuk akal, sumbangan teks, hingga ke penambahan kod sampel. Malah, ada terlalu banyak cara untuk membantu kami, bermula dengan halaman Memulakan yang membantu anda memilih tugasan berdasarkan minat dan masa yang anda mahu luangkan!

Anda juga boleh membantu dengan mempromosikan MDN di dalam halaman blog atau laman web.

Komuniti MDN

Komuniti kami adalah global! Kami ada penyumbang dari serata dunia, dalam beberapa bahasa. Jika anda mahu mengetahui lebih lanjut perihal kami, atau anda perlukan apa-apa bantuan berkaitan MDN, sila ikuti perbincangan kami dalam forum atau saluran IRC !

Join the MDN community

Choose your preferred method for joining the discussion:

Penggunaan kandungan MDN

Hak cipta dan lesen

Dokumen wiki MDN telah disediakan daripada hasil sumbangan ramai pengarang, samada dari dalam atau dari luar Yayasan Mozilla. Kecuali dinyatakan sebaliknya, kandungan tersedia di bawah terma Lesen Creative Commons Attribution-ShareAlike (CC-BY-SA), v2.5 atau versi lebih baru. Sila beri atribut "Penyumbang Mozilla" dan sisipkan hiperpautan (dalam talian) atau URL (dalam cetakan) ke halaman wiki tertentu untuk kandungan yang dijadikan sebagai sumber. Sebagai contoh, cara sisipan atribut untuk artikel ini, anda boleh tulis:

Perihal MDN oleh Penyumbang Mozilla dilesenkan di bawah CC-BY-SA 2.5.

Perhatikan bahawa di dalam contoh, "Penyumbang Mozilla" dipautkan ke sejarah petikan halaman. Lihat Amalan terbaik untuk atribut untuk penjelasan lanjut.

Nota: Lihat kandungan MDN dalam WebPlatform.org untuk maklumat perihal cara menggunakan semula dan memberikan atribut kandungan MDN dalam laman tersebut.

Sampel kod yang disisipkan ke dalam wiki sebelum 20 Ogos, 2010 disediakan di bawah lesen MIT; anda perlu sisipkan maklumat atribut yang berikut ke dalam templat MIT: "© <tarikh semakan terakhir halaman wiki> <nama pengarang yang menyediakannya dalam wiki>".

Sampel kod yang disisipkan pada atau selepas 20 Ogos, 2010 adalah domain umum. Tiada notis perlesenan diperlukan, tapi jika anda perlukannya,anda boleh gunakan: "Sebarang hak cipta didedikasikan untuk Domain Umum. http://creativecommons.org/publicdomain/zero/1.0/".

Jika anda mahu memberikan sumbangan kepada  wiki, anda perlu menyediakan dokumentasi anda tersedia di bawah lesen Attribution-ShareAlike (atau lesen alternatif yang sudah ditentukan oleh halaman yang sedang anda edit), dan kod sampel tersedia di bawah Creative Commons CC-0 (dedikasi Domain Umum). Menambahkan sumbangan ke dalam wiki ini bermakna anda bersetuju bahawa sumbangan anda akan disediakan di bawah lesen berkenaan.

Beberapa kandungan lama yang tersedia di bawah lesen selain daripada lesen yang dinyatakan di atas; ada dinyatakan pada bahagian bawah halaman dalam bentuk Alternate License Block.

Penting: Tiada lagi halaman yang boleh dicipta menggunakan lesen alternatif.

Hak cipta bahan yang disumbangkan masih kekal milik pengarang kecuali diberikan kepada pihak lain oleh pengarang berkenaan.

Jika anda ada soalan atau prihatin perihal perkara yang dibincangkan di sini, sila hubungi Eric Shepherd.


Hak ke atas cap dagangan, logo, tanda perkhidmatan Yayasan Mozilla, serta penampilan dan rekaan laman web ini, tidak dilesenkan di bawah lesen Creative Commons , dan kandungan hasil kerja karangan (seperti logo dan reka bentuk grafik), tidak termasuk dalam kandungan yang dilesenkan di bawah terma tersebut. Jika anda menggunakan teks dokumen, dan mahu menggunakan mana-mana hak cipta, atau anda ada soalan perihal pematuhan kesemua terma perlesenan dalam koleksi kami ini, anda perlu hubungi Yayasan Mozilla di sini: licensing@mozilla.org.

Memuat turun kandungan

Anda boleh memuat turun dari bar tar cermin lengkap MDN. (1.3GB pada 20-02-2016)

Halaman Tunggal

Anda boleh dapatkan kandungan halaman tunggal dalam MDN dengan menambahkan parameter dokumen ke URL untuk menentukan format yang anda mahu.

Alatan pihak ketiga

Anda boleh papar kandungan MDN via alatan pihak ketiga seperti Dash (untuk Mac OS) dan Zeal (untuk Linux dan Windows).

Kapeli juga menerbitkan dokumen MDN luar talian yang meliputi HTML, CSS, JavaScript, SVG, dan XSLT.

Memautkan ke MDN

Lihat artikel ini sebagai panduan memautkan ke MDN sebagai amalan terbaik apabila membuat pautan.

Melaporkan masalah berkaitan MDN

Lihat Cara melaporkan masalah dalam MDN.

Sejarah MDN

Projek Rangkaian Pembangun Mozilla (a.k.a. Mozilla Developer Center (MDC), a.k.a. Devmo) bermula pada awal 2005, apabila Yayasan Mozilla mendapat lesen daripada AOL untuk menggunakan kandungan asal Netscape DevEdge. Kandungan DevEdge digunakan semula sebagai bahan berguna yang kemudiannya dialihkan oleh sukarelawan ke dalam wiki ini supaya mudah dikemaskini dan diselenggara.

Anda boleh ketahui lebih banyak sejarah MDN dalam halaman sambutan ulang tahun ke-10 kami, termasuk sejarah lisan oleh beberapa indivudu yang terlibat.

Perihal Mozilla

Samada anda mahu mengetahui lebih lanjut perihal kami, cara untuk menjadi sebahagian anggota Mozilla atau hanya mahu menghubungi kami, anda berada di tempat yang betul. Untuk mengetahui apa yang mendorong dan menjadikan kami berbeza, layari halaman misi kami.

Tag Dokumen dan Penyumbang

 Penyumbang untuk halaman ini: manxmensch, jswisher, esah
 Terakhir dikemaskini oleh: manxmensch,