Soalan Lazim

  1. Mengapa MDN meminta sumbangan wang?

    1

    MDN sedang menjalankan eksperimen dengan mendapatkan sokongan langsung daripada pengguna untuk mempercepat pertumbuhan serta mengekalkan kandungan dan platform, dengan bantuan daripada mereka yang menggunakannya.

    Pangkalan pengguna kami telah berkembang pesat dalam beberapa tahun kebelakangan (dengan kos yang sepadan untuk mengekalkan platform) dan kami ada senarai besar penambahbaikan yang kami ingin laksanakan. Walaupun MDN kini dibiayai sepenuhnya oleh Mozilla, malah sejak penubuhannya, kami sedang berusaha untuk mewujudkan kerjasama yang lebih erat dan sihat antara penonton kami (anda), kandungan kami (ditulis untuk anda), dan penyokong kami (juga, anda sekali lagi ) yang membolehkan kita mempercepatkan peningkatan tersebut.

    Artikel ini bermanfaat?
  2. Bagaimana pembayaran saya dikendalikan? Adakah selamat?

    2

    Semua maklumat pembayaran dilaksanakan melalui pemproses pembayaran Stripe, dan rekod pembayaran anda akan disimpan oleh Mozilla. Mozilla tidak menerima atau menyimpan nombor kad kredit anda.

    Artikel ini bermanfaat?
  3. Apakah data mengenai saya yang dikumpul oleh Mozilla?

    3

    Mozilla akan mengumpulkan dan menyimpan nama dan e-mel yang akan digunakan untuk menghantar e-mel transaksi (misalnya resit). Mozilla tidak akan mempunyai akses atau menyimpan nombor kad kredit anda.

    Artikel ini bermanfaat?
  4. Ke mana wang ini disalurkan?

    4

    Wang yang dikutip melalui MDN (ditolak yuran pemprosesan tolak, cukai, dll) akan dilaburkan semula ke MDN. Kami akan menerbitkan laporan bulanan dalam Dokumen Web MDN yang mempamerkan kerja yang sudah disiapkan.

    Artikel ini bermanfaat?
  5. Jika saya hanya menderma kepada Yayasan Mozilla, adakah ini akan membantu MDN?

    5

    Mozilla Foundation dan MDN adalah organisasi dan program yang berasingan. Sumbangan kepada Mozilla Foundation dikecualikan cukai sepenuhnya di U.S. mengikut yang dibenarkan undang-undang dan disalurkan untuk menyokong program awam dan amal Mozilla dalam satu dana umum. MDN adalah sebahagian daripada Mozilla Corporation dan pembayaran kepada MDN tidak digunakan dalam program amal Mozilla tetapi dilaburkan semula untuk kandungan, alatan dan platform MDN.

    Artikel ini bermanfaat?
  6. Adakah sokongan untuk MDN dikecualikan cukai?

    6

    Tidak. Pembayaran kepada Mozilla Corporation untuk menyokong MDN tidak boleh dikecualikan cukai di Amerika Syarikat atau negara lain.

    Artikel ini bermanfaat?
  7. Apakah kegunaan pembiayaan pengguna MDN?

    7

    Pada masa ini, Mozilla membayar operasi dan kos penyelenggaraan laman (termasuk penulis dan pembangun web). Pembayaran pengguna MDN akan membiayai projek semasa atau melancarkan yang baru, termasuk:

    • Menambah lebih banyak kandungan dan mengemaskini kandungan semasa
    • Meningkatkan prestasi laman web
    • Memodenkan platform MDN
    • Menambah akses luar talian ke MDN
    • Menyokong integrasi dengan alatan pembangun yang popular
    • Lebih banyak tutorial dan panduan
    • Latihan dan webinar
    Artikel ini bermanfaat?
  8. Mengapa tidak boleh membuka kempen Crowdsourcing?

    8

    Kerana kami tidak mencari sekaligus. Matlamat kami adalah untuk mewujudkan asas sokongan kewangan yang luas daripada pengguna yang mendapat manfaat daripada kerja MDN.

    Artikel ini bermanfaat?
  9. Bagaimanakah MDN dibiayai sehingga kini?

    9

    MDN dibiayai daripada belanjawan umum Mozilla Corporation (sejak ditubuhkan pada tahun 2005). Mozilla Corporation berhasrat untuk terus menyokong kewangan MDN pada masa hadapan, walaupun kami meluaskan dan mempelbagaikan sumber pembiayaan MDN. Kami hanya mahu melakukan lebih banyak perkara dengan anda dan untuk anda!

    Artikel ini bermanfaat?
  10. Bagaimana Mozilla memperoleh kewangan?

    10

    Mozilla Corporation, yang membiayai MDN, menjana wang terutamanya daripada royalti pembekal carian di Firefox (seperti Google, Amazon, Duck Duck Go, dan lain-lain).

    Secara berasingan, Yayasan Mozilla adalah entiti bukan untung yang menjana wang terutamanya daripada sumbangan dan royalti Mozilla Corporation. Sebagai entiti bukan untung, Yayasan Mozilla melaporkan pendapatan ini secara terbuka setiap tahun, seperti dalam Laporan Tahunan Mozilla yang terkini.

    Artikel ini bermanfaat?

Pembayaran bulanan

  1. Apa cara untuk saya menguruskan pembayaran bulanan?

    11

    If you would like to manage your monthly payment, such as changing your card account details or the amount you pay, please cancel your subscription on the manage monthly subscriptions page and sign up again using the new card details. If you have any questions please contact mdn-support@mozilla.com.

    Artikel ini bermanfaat?
  2. Bagaimana untuk saya memohon bayaran balik atau membatalkan pembayaran?

    12

    Jika mahu membatalkan pembayaran bulanan, anda boleh berbuat demikian pada bila-bila masa sahaja. Sila hubungi mdn-support@mozilla.com untuk membatalkannya. Jika anda batalkan, kami tidak akan mengenakan kad bayaran untuk bulan berikutnya.

    Artikel ini bermanfaat?
  3. Apakah terma pembayaran?

    13

    Sila baca terka pembayaran untuk maklumat lanjut.

    Artikel ini bermanfaat?
  4. Adakah membatalkan akaun MDN akan membatalkan langganan saya?

    14

    Apabila anda minta untuk membatalkan akaun, kami juga akan membatalkan langganan anda dan tidak mengenakan bayaran untuk bulan berikutnya.

    Artikel ini bermanfaat?

Maklum balas