MDN wants to learn about developers like you: https://qsurvey.mozilla.com/s3/MDN-dev-survey

Dalam artikel Memasang Perisian Asas, kami akan tunjuk anda alatan yang anda perlukan untuk melakukan pembangunan web yang mudah.

Apakah alatan yang digunakan profesional?

  • Sebuah komputer.Mungkin itu kedengaran jelas bagi sesetengah orang, tetapi sesetengah daripada anda membaca artikel ini daripada telefon atau komputer perpustakaan. Untuk pembangunan web yang serius, ia adalah lebih baik untuk melabur untuk sebuah komputer desktop (Windows, Mac, Linux).
  • Editor teks,untuk menulis kod. Boleh jadi editor teks percuma (contohnya Notepad++, gedit, Brackets, Atom or Text Wrangler), editor teks komersial (Sublime Text atau Coda) atau editor hibrid (Dreamweaver).
  • Pelayar Web ,untuk menguji kod. Pada masa ini, pelayar yang selalu digunakan adalah Firefox, Chrome, Opera, Safari, dan Internet Explorer.
  • Editor grafik, seperti GIMP, Paint.NET, atau Photoshop, untuk membuat gambar-gambar untuk halaman-halaman web anda..
  • Sistem kawalan versi, untuk berkolaborasi dalam projek yang melibatkan pasukan, berkongsi kod dan aset, dan mengelak konflik pengeditan. Pada masa ini Git adalah alat kawalan versi paling terkenal, begitu juga servis hosting kod GitHub, yang berasaskan Git, juga agak terkenal.
  • Program FTP, untuk memuat naik halaman-halaman web ke pelayan untuk paparan umum. Terdapat banyak program-program ini termasuk Cyberduck, Fetch, FileZilla.
  • Sistem automasi, seperti Grunt atau Gulp, untuk melaksanakan tugas yang berulang-ulang secara automatik. Sebagai contoh,  mengurangkan kod dan menjalankan ujian-ujian.
  • Templat, library, kerangka kerja, dan lain-lain, untuk mempercepatkan penulisan fungsi lazim.
  • Lebih banyak alatan lain!

Apakah alatan yang saya perlukan sekarang?

Itu kelihatan seperti senarai yang menakutkan, tetapi nasib baik anda boleh memulakan pembangunan web tanpa mengetahui apa-apa tentang kebanyakan alatan di atas. Dalam artikel ini kami akan menetapkan anda dengan seminimun alatan — editor teks dan beberapa pelayar web moden.

Memasang editor teks

Anda mungkin sudah ada editor teks asas dalam komputer anda. Secara lalai Windows merangkumi Notepad dan OS X datang dengan TextEdit. Distro Linx bergantung, Ubuntu dalam dengan gedit secara lalai.

Untuk pembangunan Web, anda mungkin boleh buat lebih baik daripada Notepad atau TextEdit. Kami menyarankan anda bermula dengan Notepad++ untuk Windows atau Text Wrangler untuk Mac. Kedua-duanya percuma dan lebih berciri penuh berbanding Notepad dan TextEdit.

Memasang pelayar-pelayar web moden

Buat masa ini, kita hanya pasang beberapa pelayar web desktop untuk menguji kod kita di dalamnya. Pilih sistem operasi anda di bawah dan klik pautan yang relevan untuk memuat turun pemasang-pemasang pelayar kegemaran anda:

Sebelum meneruskan, anda patut pasang sekurang-kurangnya dua daripada pelayar-pelayar ini dan sediakannya untuk pengujian.

Tag Dokumen dan Penyumbang

 Penyumbang untuk halaman ini: arerifx
 Terakhir dikemaskini oleh: arerifx,