MDN wants to learn about developers like you: https://qsurvey.mozilla.com/s3/MDN-dev-survey

Memulakan pembelajaran Web adalah siri ringkas dan padat memperkenalkan anda kepada praktikaliti pembangunan Web. Anda akan menetapkan alatan yang anda perlukan untuk membina halaman web dan menerbitkan kod ringkas anda sendiri.

Kisah laman web pertama anda

Ia adalah banyak kerja untuk mencipta laman web yang profesional, jadi jika anda masih baru dalam pembangunan web kami menggalakkan anda supaya bermula daripada bawah. Anda tidak akan mendirikan sebuah lagi Facebook dengan serta merta, namun ianya bukan susah untuk menerbitkan laman web ringkas anda sendiri ke dalam talian, jadi kita akan bermula daripada situ.

Dengan berusaha menerusi artikel-artikel yang disenaraikan mengikut urutan di bawah, anda akan bermula daripada tiada kepada menerbitkan halaman web pertama anda ke dalam talian. Jadi mari kita bermula!

Memasang perisian asas

Apabila datang kepada soal alatan untuk membina laman web, terdapat banyak pilihan yang boleh dipilih. Jika anda baru sahaja bermula, anda mungkin akan keliru dengan pelbagai jenis editor kod, kerangka kerja, dan alatan pengujian di luar sana. Dalam artikel Memasang perisian asas kami menunjukkan anda langkah demi langkah bagaimana untuk memasang hanya perisian yang anda perlukan untuk memulakan sedikit pembangunan asas web.

Bagaimana laman web anda akan kelihatan?

Sebelum anda mula menulis kod untuk laman web anda, anda patut rancang ia dahulu. Apakah maklumat yang anda hendak tunjuk? Apa font dan warna yang anda gunakan? Bagaimana laman web anda akan kelihatan? Kami akan mengariskan cara mudah yang anda boleh ikut untuk merancang kandungan dan rekabentuk laman web anda.

Berurusan dengan fail-fail

Sebuah laman web merangkumi banyak fail: kandungan teks, kod, lembaran gaya, kandungan media, dan seterusnya. Apabila anda membina sebuah laman web, anda perlu menghimpunkan fail-fail ini ke dalam struktur yang wajar dan memastikan fail-fail ini dapat berhubung antara satu sama lain. Berurusan dengan fail-fail menerangkan bagaimana untuk menetapkan struktur fail yang wajar untuk laman web anda dan isu-isu yang anda perlu sedar.

Asas-asas HTML

Hypertext Markup Language (HTML) adalah kod yang anda guna untuk mengstrukturkan kandungan web anda, dan memberinya makna dan tujuan. Sebagai contoh, adakah kandungan saya adalah satu set perenggan, atau satu senarai titik bullet? Adakah saya ada gambar-gambar di dalam halaman saya? Adakah saya ada jadual data? Tanpa membebankan anda, Asas-asas HTML menyediakan maklumat yang cukup untuk membiasakan diri anda dengan HTML.

Asas-asas CSS

Cascading Stylesheet (CSS) adalah kod yang anda guna untuk menggayakan laman web anda. Sebagai contoh, adakah anda mahu teks hitam atau merah? Di manakah kandungan patut dilukis di atas skrin? Apakah gambar dan warna latar belakang yang patut digunakan untuk menghias laman web anda? Asas-asas CSS akan membawa anda menelusuri apa yang anda perlukan untuk bermula.

Asas-asas JavaScript

JavaScript adalah bahasa pengaturcaraan yang anda guna untuk menambah ciri-ciri interaktif kepada laman web anda, sebagai contoh, permainan, perkara yang berlaku apabila butang ditekan atau data dihantar dalam borang, kesan penggayaan dinamik, animasi, dan banyak lagi. Asas-asas JavaScript memberi anda idea apa yang boleh dibuat dengan bahasa yang menarik ini, dan bagaimana untuk bermula.

Menerbitkan laman web anda

Sebaik sahaja anda siap menulis kod dan menyusun fail-fail yang menjadikan laman web anda, anda perlu meletakkan semuanya di atas talian supaya orang boleh menjumpainya. Menerbitkan kod sampel anda menerangkan bagaimana untuk meletakkan kod sampel ringkas anda di atas talian dengan usaha yang sedikit.

Bagaimana web berfungsi

Apabila anda mengakses laman web kegemaran anda, banyak perkara yang merumitkan berlaku di belakang yang anda mungkin tidak tahu. Bagaimana web berfungsi menggariskan apa yang berlaku apabila anda melihat paparan halaman web di komputer anda.

Tag Dokumen dan Penyumbang

 Penyumbang untuk halaman ini: arerifx
 Terakhir dikemaskini oleh: arerifx,